jom click!!wink3~~~

Sunday 20 November 2011

Finally~~

assalamualaikum wbt :)

selamat tengah hari semua..sementara cik syeri menunggu untuk ke kelas seterusnya,apa salahnya kan update blog sekejap..lagipun dah seminggu lebih blog ni tak diupdate..korang mesti tertanya- tanya makna di sebalik tajuk entry cik syeri kali ni..alhamdulillah,cik syeri bersyukur sangat sebab program forum mahkamah hati akhirnya berjalan dengan lancar..cik syeri agak stress sebab kena run projek ni dalam masa tak sampai seminggu..alhamdulillah, ALLAH SWT telah mempermudahkan niat baik kami walaupun program ni telah bertukar kepada konsep baru..konsep asal adalah para panel akan bincang mengenai lakonan yang akan diadakan..namun,kami telah mengubah konsep kepada mengadakan satu tayangan dan seorang ustaz akan memberi ceramah dan ulasan berdasarkan video yang akan kami tayangkan..cuaca yang baik ditambah pula hari yang baik iaitu malam Jumaat,ramai yang terpilih oleh ALLAH SWT untuk mendengar ceramah daripada Ustaz Rahimi..


p/s: ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Forum Mahkamah Hati..kerjasama+komitmen anda semua hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya.. :))

extra p/s : kat bawah ada diselitkan video mahkamah hati untuk ulasan ustaz..sila la tengok kawan- kawan sebagai renungan bersama~~~






1 comment: