jom click!!wink3~~~

Thursday 1 December 2011

pengalaman sebagai pengarah projek

assalamualaikum wbt

kali ni cik syeri nak berkongsi pengalaman sepanjang menjadi pengarah projek..cik syeri memegang jawatan dalam biro kerohanian dan sahsiah diri dan setiap jawatan akan diberikan satu projek untuk kita handle..projek cik syeri sepatutnya berlangsung dari sem dua lagi tetapi terpaksa ditunda ke sem tiga kerana diserap ke dalam projek besar dpp sime darby iaitu kpp (keusahawan perantis pembangunan) termasuk la projek cik ain iaitu rumate cik syeri yang dulu. namun, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, kpp sekali lagi ditangguh untuk sem seterusnya..oleh itu, beberapa projek yang masih boleh run telah mengambil inisiatif sendiri untuk terus menjalankan projek..antara projek yang tetap diteruskan tanpa kpp ialah top chef challenge, blood donations, siswazah tani oleh rumate cik syeri dan projek cik syeri sendiri iaitu forum mahkamah hati..siswazah tani merupakan projek yang sangat besar dan mendapat tajaan sebanyak RM30,000..cik syeri sangat bangga dengan cik ain sebabnya dia tetap tabah meneruskan projek ni walaupun menghadapi banyak rintangan..TAHNIAH AIN, IDA BANGGA SANGAT SAAT AIN DI PENTAS MEMBERI UCAPAN SEBAGAI PENGARAH PROJEK DI DEPAN ORANG-ORANG KENAMAAN  :) ucapan terima kasih kerana membenarkan program ida menghiasi slot malam jumaat program ain dan kerjasama daripada pihak ain terhadap projek ida..
~tahniah, ain~


kepada bakal atau yang berminat untuk jadi pengarah projek, sila take note nasihat cik syeri untuk anda semua..

  1. bertanggungjawab - korang kena ada sifat tanggungjawab yang sangat tinggi..jika sifat tu tak ada dalam diri, macam mana korang nak handle projek??
  2. amanah - kita kena pegang amanah yang diberikan sampai la semua selesai
  3. sabar- yang ni paling penting sebab banyak benda yang akan mencabar tahap kesabaran kita..sebelum kesabaran kita habis, kita perlu get ready untuk menghadapinya..
  4. tegas- kalau korang tak tegas nanti budak-budak bawah korang akan pijak kepala..time tu rasa la buat kerja sorang- sorang..so, korang kena tegas walaupun orang bawahan tu senior korang..anggap la kita berada di alam pekerjaan..situasi ni kita akan hadapi jgk kan..
  5. pandai memilih ajk- tolong buat interview dulu sebelum lantik ajk..di situ baru la kita nampak yang sama ada dia sanggup memberi komitmen atau tidak dan jawatan mana yang sesuai dengan kelayakan dia..
  6. ikhlas- kena ikhlaskan semua yang telah kita buat baru la dapat hasil yang hebat kan?? :)
dedikasi : ditujukan khas kepada kawan- kawan yang banyak bagi sokongan moral kat cik syeri..love you guys <3







2 comments: