jom click!!wink3~~~

Saturday 18 August 2012

kesedihan melanda

assalamualaikum wbt

pada malam raya ni cik syeri terasa kesayuannya...ketika orang lain sedang menikmati detik- detik 1 SYAWAL dengan keseronokan, percikan bunga api yang berwarna warni..cik syeri di sini malap tanpa adanya lampu- lampu pelita..bagaimana ingin meraikan hari raya tanpa senyuman manis bonda tercinta..ibuku dari semalam menangis dan menangis...sebabnya???rambutnya kian gugur kesan daripada rawatan kemoterapi..tanggal 25 julai lalu ibuku disahkan menghidap kanser ovari tahap 3C di mana menurut doktor ia adalah 1 tahap yang agak kritikal...ibuku perlu menjalani rawatan kemo untuk menghalang sel- sel kanser daripada terus merebak..raya ke-4 adalah rawatan kemo kedua ibuku..di harap ibuku makin tabah untuk menghadapinya...bila orang bertanya keadaan ibuku,bagaimana harusku menjawab???adakahaku perlu menjawab ibuku baik2 sahaja sedangkan tidak???

di kesempatan ini cik syeri mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada saudara mara,rakan taulan dan saudara saudari dan mohon maaf segala salah silap sepanjang kalian semua mengenali diri ini...

p/s : hargailah ibu bapa ketika mereka masih ada...jangan kita menyesal di kemudian hari...


1 comment:

  1. ida..semoga tabah ye.ape kata cuba rawatan darus syifa..banyak2 kn istigfar, berdoa..ingat.Allah beri kita sakit sebagai kafarah dosa..beruntung kita sebgai hamba Dia.kn?.Dia sayang kt kita.selalu cium mama ida.bagi die semangat.taw...=)

    ReplyDelete