jom click!!wink3~~~

Friday 22 February 2013

sekadar perkongsian soal jodoh

assalamualaikum wbt

sumber : harian metro bertajuk restu cinta ( copy paste)


cik syeri tertarik ngan artikel lam metro ni...korang baca la dan yang baik tu jadikan iktibar...yang penting restu keluarga....
jaga la hati mereka :')


Toleransi, serasi ibu bapa dengan anak penting dalam memilih jodoh 

Soal kahwin bukan perkara main-main. Ada insan senang jodohnya dan berkahwin tanpa halangan. Ada pula yang liat jodohnya berusaha cari pasangan tidak ke temui yang sesuai. Ada juga sudah jumpa pasangan, ibu bapa pula tidak merestui atas pelbagai alasan, lantas niat ke jinjang pelamin musnah. Tidak kurang sebilangannya nekad melarikan diri bersama kekasih berkahwin di luar daerah atau sengaja merajuk keluar rumah sebagai tanda protes. Alam percintaan semuanya indah belaka sanggup buat apa saja untuk kekasih sehingga ada sanggup menderhaka kepada ibu bapa. Apa saja nasihat ibu bapa, rakan atau sanak saudara langsung tidak diendahkan. 

Walaupun tidak elok rupa paras tetapi jika berakhlak dan beragama lebih baik. Apabila menolak calon pilihan hati anak dengan alasan tidak sama darjat, tidak elok pekerjaannya, gaji rendah, tidak cantik atau berkereta kecil, itu adalah menolak dari segi emosi." Norazman Amat, Ketua Kaunselor Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

 Asas pilih menantu 
Ketua Kaunselor Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Norazman Amat, berkata sebagai anak perlu mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ibu bapa mengenai calon suami atau isteri mereka sebelum menemukan pasangan mereka.

Katanya, tidak saja anak dan ibu bapa seharusnya mempunyai sifat toleransi dan saling memahami kehendak serta cita rasa masing-masing sebelum termetrai ikatan perkahwinan.

Jika, calon pilihannya ditolak, anak perlu akur dan mengambil manfaat daripadanya bukannya membelakangkan mereka kerana ada sebab Allah melarang berbuat begitu bagi mengelak musibah atau implikasi besar, pada masa depan.

“Patut mengikut hukum syarak apabila mencari jodoh. Empat perkara asas ialah melihat kepada keturunan, harta, rupa paras dan paling penting agama.

“Walaupun tidak elok rupa paras tetapi jika berakhlak dan beragama lebih baik. Apabila menolak calon pilihan hati anak dengan alasan tidak sama darjat, tidak elok pekerjaannya, gaji rendah, tidak cantik atau berkereta kecil, itu adalah menolak dari segi emosi.

“Bagi anak pula, menawan hati ibu bapa juga perlu bagi memastikan calon suami atau isteri diterima semua pihak. Malah, bakal menantu pula, jika terpaksa berlakon sekali pun, berlakonlah, asalkan dapat bersama pilihan dan cinta hati kekal hidup sepanjang hayat.

“Bagaimanapun, berlakon bukan bermaksud palsu atau tidak menjadi diri sendiri malah ia tidak pun salah apabila keadaan terpaksa. Lama kelamaan lakonan itu akan menjadi satu budaya dalam diri mereka,” katanya.

Bertolak ansur

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu faham situasi anak yang sedang hangat bercinta dan perlu ada toleransi demi kebahagiaan mereka. 

Ibu bapa juga tidak seharusnya cepat sangat membuat keputusan apabila ada perkara tidak berkenan di mata mereka, sebaliknya perlu kenali lebih mendalam bakal menantu demi mencapai situasi menang-menang antara mereka dan anak.

Katanya, mungkin ciri-ciri tertentu yang baik dan boleh diterima serta lebih baik bertolak ansur demi kebahagiaan supaya mendapat restu kedua-dua orang tua.

“Dalam kes tertentu, jika ada ibu bapa masih berdegil dan tidak merestui perkahwinan seperti enggan menjadi wali, sebenarnya ada peruntukan undang-undang, iaitu anak boleh mendapatkan permohonan daripada mahkamah syariah untuk mendapatkan wali hakim. 

“Bapa yang tidak mahu mewalikan pernikahan itu, mereka akan dipanggil bagi mendapatkan penjelasan sebelum alasan munasabah itu diterima pakai dan menggunakan kuasa mahkamah untuk mengizinkan pengantin menggunakan wali hakim.

“Dalam apa saja situasinya, semua pihak mahukan perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan berjalan lancar dan tidak wujud pelbagai masalah. Oleh itu, mereka perlu mencari jalan penyelesaian terbaik demi mencipta perkahwinan yang terindah,” katanya.

Pengalaman soal jodoh

Detik dilalui Eksekutif Pemasaran, Lutfi Latif, 29 (bukan nama sebenar) amat pedih untuk ditelan kerana gagal membina istana bahagia apabila kehangatan hubungan cinta dibantah oleh keluarga kekasihnya.

Percintaan lebih setahun itu berkubur begitu saja, atas alasan tidak setaraf dan kena mencari pasangan yang sama kerjaya.

“Saya kecewa dengan sikap bekas keluarga kekasih terutama ibu bapanya yang terlalu memilih untuk calon menantunya yang mahu seorang doktor. Alasan utama ialah kerana saya bukan seorang doktor dan perlu mencari pasangan sama kerjaya supaya dapat memahami tugas masing-masing.

“Berkahwin dengan wanita luar bidang kerjaya sama akan menyebabkan rumah tangga tak aman, perlu pilih isteri yang faham kerjaya kerana kerjaya adalah paling penting dalam kehidupan,”.

“Ibunya pula sering memperkenalkan dan mencari doktor wanita yang berkenan untuk bekas kekasih saya. Saya sangat tertekan ketika itu kerana ibu bapanya merasakan tidak perlu langsung bertemu saya kerana saya bukan doktor. 

Akhirnya, kami berpisah dan Azman berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. Perkenalan singkat tiga bulan tidak menjadi penghalang asalnya isterinya adalah dari kalangan doktor,” katanya yang menerima ketentuan Ilahi bahawa mereka tiada jodoh.

INFO: Panduan memilih pasangan
* Keturunan
* Harta
* Rupa paras
* Agama 

Cara terbaik perlu dilakukan 

Apa ibu bapa perlu lakukan
* Kenali calon menantu terlebih dulu sebelum menilai secara luaran
* Berbincang sekiranya calon yang dibawa tidak berkenan di hati
* Bertolak ansur dan toleransi dengan anak
* Terima seadanya tanpa menjatuhkan hukum syarak sebaliknya terlalu mengikut emosi
* Anggaplah menantu seperti anak sendiri yang memerlukan didikan dan bimbingan.
* Apabila menunjukkan akhlak yang baik dalam keluarga, secara tidak langsung ia turut memberi contoh kepada anak dan menantu supaya berakhlak baik

Apa anak perlu lakukan 
* Berbincang dengan kedua ibu bapa
* Membawa pulang berjumpa keluarga dan berkenal-kenalan
* Bercerita mengenai perkara yang baik mengenai calon isteri atau suami 
* Memilih calon pasangan berlandaskan Islam

Apa menantu perlu lakukan - lelaki atau perempuan 
* Perlu mengetahui latar belakang keluarga pasangan terlebih dulu sebelum mula melangkah masuk ke rumah, terutama pertama kali bertemu
* Berpakaian sopan dan menutup aurat
* Ringan tulang
* Berbudi bahasa dan bijak mengambil hati
* Sering bertanya khabar bagi mewujudkan keserasian antara bakal mentua dan menantu 

No comments:

Post a Comment