jom click!!wink3~~~

Saturday 27 April 2013

tips bila travel dengan kawanz

assalamualaikum wbt

hai, semua.hari ni cik syeri nak share sikit tips bila kita nak pergi bercuti dengan kawan- kawan. tips ni hasil daripada pengalaman dan pemerhatian dan eksperimen dan hipotesis dan...berapa banyak kali dan laaa...hehee...dan sebagainya.

1. belanjawan/ bajet

perkara yang paling penting sebelum nak travel ialah kita kena fikir pasal bajet. bajet ni tak perlu la buat financial statement, balance sheet bagai. memadai kita bajet- bajet kasar berapa banyak akan habis untuk sewa kereta, minyak, penginapan, or kalau sebelum sampai destinasi kena naik feri ke apa, tiket feri tu WAJIB tahu berapa rm. bila dah siap tambah tolak darab bahagi, boleh la lantik seorang MENTERI KEWANGAN yang korang rasa dia sangat layak sebab dalam kelas dia paling pandai subjek akaun dengan math dengan addmath.<heee> dia akan kutip duit dan urus perbelanjaan sepanjang travel.bila buat macam ni, nanti tak ada la kes jap guna duit orang tu, jap guna duit orang lain pulak.last- last pening. NO,NO,NO.tak boleh buat macam tu ye adik- adik.heee.<bajet dah tua>. then, cik syeri syorkan korang lebihkan sikit bajet kat semua item. bila ada kecemasan, tak perlu kalut- kalut kutip duit lain. bila dah habis travel tengok bajet banyak lebih mesti rasa heaven sangat kan. yela.dah namanya bercuti mesti duit habis banyak.tup- tup dapat duit lebih bajet tadi.mesti senyum lebar balik.

2. buat list tempat yang nak pergi

sekarang semua di hujung jari. lebih- lebih lagi bila keluar macam- macam gadjet sampai kita tak sempat pun nak kejar. padahal adik 5 tahun expert dari kita.<hiks> search jer tempat menarik dekat destinasi yang dituju. then, buat list. bila korang dah ada list, korang tak la macam terkial- kial or serah dekat kawan- kawan nak pergi mana sedangkan semua tak buat research. tengok- tengok lepak tepi jalan je sambil termenung. <heee>. bila ada list ni inshaALLAH, percutian anda lebih terancang. <ceeewahhhh>. macam tagline pun ada.

3. set time

tips ni means, bila kita dah ada list, mesti banyak sangat tempat nak tuju kan? dan- dan bila dah gabung list dengan kawan yang lain. so, kena SET TIME siap- siap. kat sini kita kena ada KETUA yang TEGAS sikit. dia akan tetapkan tempat- tempat ni berapa jam boleh round. kalau cakap pukul 3 kena kumpul, tak semestinya korang betul- betul sharp pukul 3 kan? oleh itu, KETUA  tadi kena bagitau kawan- kawan dia waktu berkumpul, kalau nak afdhalnya setengah jam awal dari masa ditetapkan iaitu 2.30 <hee>. kiranya nanti pukul 3 dah boleh gerak tempat lain. macam tu la. simple kan? kita pun akan jadi alert. kena sama- sama beringat la.

4. no moody plez

haaa.point ni cik syeri nak tegaskan. sila jangan sebarkan ion -ve kepada kawan- kawan anda yang lain. jangan sesekali tunjuk yang anda sedang ketiadaan mood. kena selalu senyum. SENYUM ITU SEDEKAH. gitewww. kalau korang perasan la. cer kita amek contoh kita sendiri. kalau orang masam jer, asek marah- marah bukan kita pun terus nak jadik cam dia jugak ke? tu maknanya dia sedang menyalurkan ion- ion -ve kepada kita. percutian pun jadi hambar, jadi tak seronok. sedangkan percutian ni bertujuan nak release tension bukan MENAMBAHKAN lagi tension tu. so, PLEZ, PLEZ, PLEZ yea semua nak pergi bercuti. kena SENYUM jer. tak puas hati??????balik cuti, beli buku, tulis dalam buku tu 1000 kali tak paus hati. mesti tak geram daaa.. <hee>

tak ada la driver kita stress cam ni  =p


5. search maklumat tempat destinasi

lupa pulak point ni. sila search maklumat tempat anda nak tuju. jangan main terjah jer. kita kena tahu tempat kita nak tuju tu selamat ke tak lebih- lebih time kita nak travel. mana la tahu time tu ombak besar ke, keluar amaran apa- apa ke, AWAS bagi kita kalau kita ignore benda- benda macam ni. and cari tips macam mana nak jadikan percutian tu satu percutian bajet. >.<

6. banyak berdoa

kita nak pergi bercuti, seronok- seronok jugak tapi  kena ingat ALLAH SWT. mohon pada- NYA semoga perjalanan kita selamat pergi dan kembali. semoga perjalanan kita tiada halangan dan walaupun ada halangan semoga halagan itu tidak mendatangkan musibah kepada kita. inshaALLAH, bila kita ingat DIA, kita akan dilindungi. percutian pun lebih happening!! =)

p/s : tips ni bukan hanya untuk readers tapi untuk cik syeri jugak. banyak nak kena tambah baik. inshaALLAH. sama- sama la kita praktikkan =) 
yang buruk datang dari cik syeri dan yang baik datangnya dari ALLAH SWT. 



rancang la percutian yang HEBAT =)






No comments:

Post a Comment